Monday, February 28, 2011

Layan Lagu

 Salam semua...lma sda tida update blog sya ni..hihi..untuk post kali ni, saya mau share lirik lagu ni jak...lagu ni lagu baru dari fiq, sya bru jak dengar lagu ni hujung mggu yang lpas..lagu ni best, sya suka dengar lagu ni sbb lirik ngan melodi lagu ni menarik...sya hrp anda semua pun suka ngan lagu ni...


Tragis - Fiq

Dalam pilu
Dalam sendu
Dalam sayu nasibmu
Di tangismu kau mengaju
Mana milikmu dan duniamu

Serentak waktu ranap kotamu
Rebah keluargamu
Dan hanya peluru menjawab
Seluruh pertanyaanmu

Chorus
Airmataku mencurah laju
Melihat tubuhmu terkulai layu
Berserak darahmu noktah hidupmu
Tragis begitu ku juga merasa kesengsaraanmu

Dalam pilu
Dalam sendu
Dalam sayu nasibmu
Serentak waktu ranap kotamu
Rebah keluarga mu

Ulang Chorus

Menggeletar aku melihat tubuhmu
Terkulai layu
Berserak darahmu noktah hidupmu
Tragis begitu ku juga merasa
Doaku akan menyusur buatmu saudaraku

Damailah di tamanmu
Di tempat yang nyata
Di alam sebenar

Ulang Chorus

Menggeletar aku melihat tubuhmu
Terkulai layu
Berserak darahmu noktah hidupmu
Tragis begitu ku juga merasa kesengsaraanmu

Saturday, October 23, 2010

Keburukan-keburukan Merokok


Sekarang ni merokok sudah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak kira tua muda, budak atau bapa budak, semua suka merokok. Apa tidak, senang-senang jak nak dapatkan rokok sekarang ni. Di mana-mana jak boleh jumpa dijual. Apa lagi, orang yang suka merokok tambah suka lah lagi. Sebenarnya, dorang bukan tak tau bahaya dan mudarat merokok ni, cuma bila sudah ketagih susah pula nak berhenti. Emh, di sini nak juga la saya kongsi sedikit tentang keburukan-keburukan merokok ni. Antara kesan sampingan merokok termasuklah :-

1. Deria hidung kurang sensitif.
2. Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
3. Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.
4. Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
5. Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.
6. Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
7. Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.
8. Penyakit jantung.
9. Kanser larinks dan esofogus.
10. Kanser paru-paru.
11. Kanser pankreas.
12. Mati pucuk.

Jadi, kalau dah baca post saya ni, kurangkanlah merokok yerr…jangan marah…hehehe

Friday, October 22, 2010

Kelupis : Makanan tradisi masyarakat Bisaya sabah

            Saya bersyukur kerana dilahirkan di sebuah Negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan budaya. Di negeri kita sahaja, Sabah sudah mempunyai lebih kurang 30 etnik kesemuanya. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Ini kerana, setiap etnik sudah pasti memiliki kebudayaan yang tersendiri masing-masing tidak kira dari segi makanan, peralatan, nyanyian mahupun tarian. Sebagai salah seorang anak jati bisaya, saya berbangga untuk memperkenalkan salah satu makanan tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan kaum bisaya sebagai salah satu budaya.
            Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita yang mengetahui tentang kelupis ini. Namun, saya pasti masih ada yang belum tahu akan apa yang dinamakan sebagai kelupis ini. Sekali dengar pasti anda terfikir bahawa kelupis ini adalah kuih lapis. Tetapi, kelupis bukanlah kuih lapis, malah bentuknya amat berbeza sekali dengan kuih lapis. Sebenarnya, kelupis adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus menggunakan daun irik iaitu sejenis daun yang berbentuk leper dan panjang. Untuk pengetahuan tambahan, sebenarnya hidangan kelupis ini hampir sama bahan yang digunakan untuk menghasilkan lemang dalam masyarakat Melayu dan buras dalam masyarakat Bugis. Malah, hidangan kelupis ini hampir ada dalam kalangan etnik di negeri Sabah. Cuma yang membezakan di sini ialah cara penyediaannya sahaja. Seperti lemang contohnya, beras pulut ditanak di dalam buluh yang dilapik dengan daun pisang di dalamnya. Manakala, bagi buras pula, beras yang digunakan tidak semestinya ialah beras pulut dan dibungkus begitu sahaja sebelum diikat dan direbus.
            Setelah kita mengetahui tentang apa yang dinamakan sebagai kelupis itu, sekarang saya akan memperkenalkan pula bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kelupis ini. Bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan kelupis ini tidaklah terlalu banyak dan kompleks. Hal ini kerana, bahan-bahan yang diperlukan hanyalah beras pulut, santan, dan daun irik atau dikenali sebagai daun palas dalam bahasa Melayu. Kuantiti beras pulut yang ingin digunakan adalah terpulang kepada saiz hidangan yang ingin disediakan. Jika saiz hidangan adalah dalam kuantiti yang besar, maka, jumlah beras pulut yang ingin digunakan mestilah banyak. Begitu juga dengan jumlah santan yang digunakan.
            Seterusnya pula, saya akan menerangkan tentang proses-proses dalam penghasilan kelupis ini. Proses-proses yang terlibat dalam penghasilan kelupis ini ialah proses mendadih, membungkus, mengikat dan mengukus.

1. Proses mendadih
Proses mendadih ialah proses yang mana beras pulut dimasak dengan menggunakan santan yang dimasak separuh masak. Maksudnya di sini, beras pulut yang digunakan tersebut dimasak menggunakan santan dengan hanya dimasak separuh masak sahaja. Beras pulut yang telah dimasak separuh masak itu tadi dipanggil sebagai dadih. Pasti anda tertanya kenapa beras tersebut dimasak separuh masak sahaja? Tujuan beras pulut tersebut dimasak separuh masak ialah kerana, setelah dimasak dadih tersebut akan dibungkus dengan menggunakan daun irik sebelum dikukus sekali lagi. Bagi yang tidak mengetahui tentang rupa dadih tersebut, gambar berikut menunjukkan rupa dadih yang telah dimasak.  

                                                                     

2. Proses membungkus
Setelah dadih dimasak menggunakan beras pulut yang dimasak separuh masak bersama santan, proses seterusnya ialah proses membungkus. Proses membungkus ialah proses yang mana dadih yang telah dimasak tadi dibungkus menggunakan daun irik atau daun palas. Cara-cara membungkus dadih ialah dengan cara meletakkan dadih ke atas daun irik. Bagi yang belum mengetahui tentang bagaimanakah rupa daun irik, bentuk daun irik ialah seperti dalam gambar.  Kemudian daun irik tersebut dilipat seperti yang dapat kita lihat dalam gambar di bawah ini. Setelah siap dibungkus, kelupis tersebut tidak dikukus secara terus tetapi akan melalui proses mengikat terlebih dahulu.




3. Proses mengikat
Setelah melalui proses membungkus, kelupis tidak pula terus dikukus. Tetapi diikat terlebih dahulu. Dalam gotong-royong majlis perkahwinan, biasanya tugas mengikat kelupis dilakukan oleh kaum lelaki. Ini kerana, tugas membungkus biasanya dilakukan oleh kaum wanita. Dalam proses mengikat, dadih yang telah dibungkus menjadi kelupis diikat dalam bilangan lebih kurang sepuluh dalam satu ikat. Kelupis ini diikat menggunakan tali nilon atau dikenali sebagai tali raffia dalam kalangan masyarakat. Tujuan mengikat kelupis ini ialah supaya senang untuk dibahagi-bahagikan setelah siap dikukus selain untuk memudahkan kerja mengukusnya.



4. Proses mengukus
Proses terakhir dalam penghasilan kelupis ialah proses mengukus. Proses mengukus ialah proses yang mana kelupis yang telah diikat dimasukkan ke dalam periuk atau kawah besar untuk dikukus sehingga masak. Proses mengukus ini tidaklah mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan kerana dadih telah dimasak terlebih dahulu sebelum melalui proses-proses ini. Setelah siap dikukus, kelupis yang yang telah siap bolehlah diangkat dan dihidangkan. Kelupis yang telah siap dikukus dapat dilihat seperti dalam gambar. Setelah melalui kesemua proses tersebut tadi iaitu proses mendadih, membungkus, mengikat dan  mengukus, kelupis yang telah siap dimasak bolehlah dihidangkan. Cara memakan kelupis boleh dimakan dengan menyediakan kuah sebagai cecah kepada kelupis ini ataupun boleh juga dimakan begitu sahaja bersama air. Ini bergantung kepada  orang yang menyediakannya.

Secara keseluruhannya, kelupis merupakan sejenis makanan yang sangat lazat dengan melalui beberapa proses tertentu dan sangat kompetetif untuk dikomersialkan.